Thursday, October 2, 2014

Contest My Lense Story - Si Puding Triffle

Mini Contest My Lense Story

Assalamualaikum & hello there,

Sambil blogwalking ni elok jugak kali BBL join segmen & giveaway. Saja-saja nak penuhkan list peserta, kan lagi ramai blogger join segmen mesti lagi meriah segmen tu kan. Al kisahnya BBL nak sahut cabaran MINI CONTEST MY LENSE STORY oleh Kiz MySelf bermula 1 hingga 15 Okt ni. Contest pun senang sahaja cuma ceritakan cerita mengenai gambar. Kan one picture represent 1,000 stories. Jadi ini kisah BBL tentang gambar di bawah.


Nampak sedapkan puding triffle tu, lagi sedap fresh keluar dari peti ais & makan waktu petang sambil hirup teh o panas. Kalu nak tahu, itu puding triffle pertama BBL buat sendiri. Hasilnya puding custard tak menjadi & lembik mungkin kurang custard sebab hanya rujuk cikgu Google. Dah lama niat dalam hati nak buat sendiri puding ni selepas 1st time makan puding triffle awal tahun ni, Alhamdulilah akhir bulan September baru berjaya buat sendiri.

Punya nak tunjuk hero anak teruna boleh buat desert, BBL rujuk blog resepi dalam Google. Study tutorial cara buat, salin bahan-bahan, pergi pasaraya beli barang hingga proses nak buat puding ni. Waktu tu hanya BBL di rumah sorang-sorang maka ini peluang buat surprise mak & adik, bila balik sekolah nanti boleh makan desert sejuk. 

Langkah 1 siap, langkah 2 dah buat & semua step dalam blog BBL ikut. Sampailah step terakhir topping buah. Waktu tu gembira dah siap puding triffle, tunggu nak masuk dalam peti sejuk tetiba mak balik. Terus gopoh kemas dapur tapi kantoi jugak mak nampak aktiviti anak terunanya. Terus mak tanya buat apa ni & amik puding terus rasa. On the spot komen, puding tawar. Hahaha tergelak mak rasa puding tawar.

Atas kasih sayang tengok anak terunanya gigih cuba buat puding triffle tawar tu maka maknya offer menjadi sifu supaya anaknya menjadi master chef puding triffle. Satu step demi satu step mak ajar & tunjuk. Setiap sukatan mesti ada sebab kenapa & mengapa berat bahan dalam puding mesti tak lebih atau tak kurang. Akhirnya senang sahaja rupanya, BBL tertinggal letak gula dalam step no 2, custard mesti campur 1 tin susu sejat + air baru ngamm menjadi puding. 

Petangnya baru boleh rasa puding triffle anak teruna sifu ibunanda. Ada beza antara puding belajar dengan pak cik Googgle & puding hasil tunjuk ajar mak. Pendek kata, seeloknya belajar dengan "guru" (orang lebih mahir)  lebih baik dari belajar sendiri (buku semata-mata). Mak mana nak biarkan anak dia terkontang sorang belajar memasak, lagi sejuk perut bila tengok anak teruna boleh memasak. 

Paling tak tahan kena komen, nak buat surprise tapi surprise tak menjadi. Tu la, lain kali kena ajak mak buat sama-sama baru lebih sedap puding tu. Apa pun jangan tunjuk ego nak mintak ilmu dari ibu sendiri sebab kadang-kadang ilmu ibu sangat berguna untuk kita. Sebab itu masakan ibu jugak kita rindu bila berjauhan kan. Betul tak. 

Itu saja My Lense Story BBL, korang nak join boleh tekan banner di atas laju-laju ye.

Penting : Contest bermula dari 12.00 malam 1 Oktober sehingga 11.59 malam 15 Oktober 2014.


[>,<] - submit! 

3 comments:

  1. Sedap triffle tu. Wat lagi please

    ReplyDelete
  2. wah, triffle, da lma tak makan ni..
    from segmen sama, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/10/contest-my-lense-story-kaulah-teman.html

    ReplyDelete