Wednesday, October 22, 2014

First Giveaway by Cik Teratai


Klik banner untuk join

Tarikh Tamat - 2 Nov 2014

[^..^] - mood blogwalking

Giveaway : Like, Share & Win


Saya berminat ingin mencuba produk Shaklee kerana ramai kawan-kawan menujukan kesan
positif selepas menggunakan produk shaklee terutama vitamin c.
 Saya sangat berminat nak mencuba
kebaikan dari variasi vitamin jenama shaklee.

Tarikh Tamat - 15 Nov 2014

[-.-] - Jemput semua join ya 

Sunday, October 19, 2014

Blogger Area Mega Give Away


Assalamualaikum & hello there,

Jom join giveaway dengan hadiah masyuk ni. 153 orang pemenang di cari & anda mungkin salah seorang pemenang tu. Tunggu apa lagi, cepat submit entry sekarang.

Tarikh tamat : 31 Oktober 2014

(っ- ‸ -)っ  - done submit

First Segmen Sara Liyana


Assalamualaikum & hello there, 

Ni entri kreatif dari BBL, harap-harap lepas la syarat tuan tanah.


Tarikh tutup : 14 November 2014

✌(◕‿-)✌ - submit 

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan



Assalamualaikum & selamat pagi

Hadiah :

**1 botol MG dah guna n 1 botol tumpah so, ada 3 botol untuk korang

20 orang peserta bertuah akan mendapat variety shawls!!
shawl ni random ye colors n size semua
ada yg akan dapat bawal , shawl biasa, wide shawl, butterfly shawl

ೖ(⑅σ̑ᴗσ̑)ೖ - submit lagi 

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum & hello there, 

awat tak tito lagi ni?


Tamat : 23 Oktober 2014 jam 6:00 am

(っ ºДº)っ - done

Tuesday, October 14, 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

[-.-] - submit

Friday, October 3, 2014

Segmen Happy Birthday Miss Balqis










Assalamualaikum & hello there,

Cabaran segmen dari Miss Balqis untuk ucapan hari jadi dia 6 Oct ini. Ini ucapan BBL untuk Balqis.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PortHadiah.blogspot.com
Department Segmen, Giveaway & Contest,
Level Alexa 6560K, Aras 5 Google
Persiaran Blogspot.com
Wilayah Terluas Unifi
No Telefon : 014- tekan tekan tak dapat
No Fax : 03- kejap nak rujuk Yellow Page
Portal : http//:www.porthadiah.blogspot.com
_______________________________________________________________________

HANYA KEPADA NAMA DIBAWAH,

 Rujukan kami: Segmen2014/happybirthday/26years11monts

Cik Balqis,                                   
Master of Education (Chemistry),
Fakulti Sains Dan Teknologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Cik,

Perkara: UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR KE 27 TAHUN PADA 6 OKTOBER 2014

Dengan segala hormatnya, BBL selaku peserta Segmen Happy Birthday Miss Balqis ingin merakamkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran sepertimana termaktud dalam perkara di atas. 

2.   Sukacitanya diharapkan semoga tuan tanah blog panjang umur, murah rezeki, di permudahkan segala urusan study degree di UPSI & sentiasa comel senyuman hendak-Nya sepanjang tahun baru ini. Besar harapan kami, readers diberi cupcake setiap orang. Hahaha melawak saja.

3.       Sehubungan dengan itu, diseru seluruh blogger tanah air untuk sama-sama merakan ucapan hari lahir seperti di bawah:

Tarikh akhir : 6 Oktober 2014 (11.59 malam)
Hadiah : Ucapan paling kreatif - Top-up RM10
Hadiah saguhati - RM5 x 3

Untuk syarat-syarat lain sila terjah blog tuan tanah ye.

4. Ribuan terima kasih dari BBL. Terima kasih & jemput-jemput singgah blog BBL di www.budakbandunglaici.blogspot.com. Jangan lupa tinggalkan jejak komen. 

-----------------------------------------------------------------------------------------


[-,-] - done submit

Thursday, October 2, 2014

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru


Assalamualaikum & hello there,

Nak hadiah marsjar? cepat join giveaway ni. Untung boleh menang marsjar percuma

[=.=] - done 

Contest My Lense Story - Si Puding Triffle

Mini Contest My Lense Story

Assalamualaikum & hello there,

Sambil blogwalking ni elok jugak kali BBL join segmen & giveaway. Saja-saja nak penuhkan list peserta, kan lagi ramai blogger join segmen mesti lagi meriah segmen tu kan. Al kisahnya BBL nak sahut cabaran MINI CONTEST MY LENSE STORY oleh Kiz MySelf bermula 1 hingga 15 Okt ni. Contest pun senang sahaja cuma ceritakan cerita mengenai gambar. Kan one picture represent 1,000 stories. Jadi ini kisah BBL tentang gambar di bawah.


Nampak sedapkan puding triffle tu, lagi sedap fresh keluar dari peti ais & makan waktu petang sambil hirup teh o panas. Kalu nak tahu, itu puding triffle pertama BBL buat sendiri. Hasilnya puding custard tak menjadi & lembik mungkin kurang custard sebab hanya rujuk cikgu Google. Dah lama niat dalam hati nak buat sendiri puding ni selepas 1st time makan puding triffle awal tahun ni, Alhamdulilah akhir bulan September baru berjaya buat sendiri.

Punya nak tunjuk hero anak teruna boleh buat desert, BBL rujuk blog resepi dalam Google. Study tutorial cara buat, salin bahan-bahan, pergi pasaraya beli barang hingga proses nak buat puding ni. Waktu tu hanya BBL di rumah sorang-sorang maka ini peluang buat surprise mak & adik, bila balik sekolah nanti boleh makan desert sejuk. 

Langkah 1 siap, langkah 2 dah buat & semua step dalam blog BBL ikut. Sampailah step terakhir topping buah. Waktu tu gembira dah siap puding triffle, tunggu nak masuk dalam peti sejuk tetiba mak balik. Terus gopoh kemas dapur tapi kantoi jugak mak nampak aktiviti anak terunanya. Terus mak tanya buat apa ni & amik puding terus rasa. On the spot komen, puding tawar. Hahaha tergelak mak rasa puding tawar.

Atas kasih sayang tengok anak terunanya gigih cuba buat puding triffle tawar tu maka maknya offer menjadi sifu supaya anaknya menjadi master chef puding triffle. Satu step demi satu step mak ajar & tunjuk. Setiap sukatan mesti ada sebab kenapa & mengapa berat bahan dalam puding mesti tak lebih atau tak kurang. Akhirnya senang sahaja rupanya, BBL tertinggal letak gula dalam step no 2, custard mesti campur 1 tin susu sejat + air baru ngamm menjadi puding. 

Petangnya baru boleh rasa puding triffle anak teruna sifu ibunanda. Ada beza antara puding belajar dengan pak cik Googgle & puding hasil tunjuk ajar mak. Pendek kata, seeloknya belajar dengan "guru" (orang lebih mahir)  lebih baik dari belajar sendiri (buku semata-mata). Mak mana nak biarkan anak dia terkontang sorang belajar memasak, lagi sejuk perut bila tengok anak teruna boleh memasak. 

Paling tak tahan kena komen, nak buat surprise tapi surprise tak menjadi. Tu la, lain kali kena ajak mak buat sama-sama baru lebih sedap puding tu. Apa pun jangan tunjuk ego nak mintak ilmu dari ibu sendiri sebab kadang-kadang ilmu ibu sangat berguna untuk kita. Sebab itu masakan ibu jugak kita rindu bila berjauhan kan. Betul tak. 

Itu saja My Lense Story BBL, korang nak join boleh tekan banner di atas laju-laju ye.

Penting : Contest bermula dari 12.00 malam 1 Oktober sehingga 11.59 malam 15 Oktober 2014.


[>,<] - submit! 

3000 Followers Giveaway


Assalamualaikum & hello there, 


Jemput semua blogger join jugak ye.

>,< - sukanya